Search This Blog

Wednesday, December 11, 2013

Mayat 8 sekeluarga ditemui dipotong


Acapulco: Pihak berkuasa Mexico menemui mayat lapan sekeluarga yang diculik penjenayah, kata polis semalam.

Jurucakap polis berkata, mangsa berusia antara 18 dan 40 tahun dan mayat mereka ditemui dalam keadaan sudah dipotong.

“Mereka diculik sekumpulan lelaki bersenjata pada 5 Disember lalu dari bandar Teloloapan, Guerrero,” katanya.

Menurut jurucakap itu mayat berkenaan ditemui dalam beg plastik dan ditinggalkan di tepi lebuh raya.

Katanya polis menemui kesan seksaan dan tembakan pada mayat mangsa.


Tiga lagi anggota keluarga terbabit turut diculik, termasuk seorang budak perempuan berusia lapan tahun.

- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/11

No comments:

Post a Comment