Search This Blog

Wednesday, December 4, 2013

Mahkamah kekal keputusan


Putrajaya: Mahkamah Rayuan semalam mengekalkan ganti rugi am diberikan kepada empat Orang Asli kaum Temiar dari Kampung Jias, Gua Musang, Kelantan berhubung kerja merobohkan gereja mereka secara haram pada 2007.

Bagaimanapun, mahkamah mengetepikan ganti rugi teladan diberikan Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 15 Julai 2009 terhadap Majlis Daerah Gua Musang dan dua lagi defendan.


Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Wahab Patail memerintahkan defendan membayar kos RM10,000 kepada plaintif.



Dua lagi hakim ialah Datuk David Wong Dak Wah dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.


Keputusan panel berkenaan dibacakan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Zaini Faizal.

No comments:

Post a Comment