Search This Blog

Tuesday, December 17, 2013

Hakim diarah benar anak kahwin


New Delhi: Seorang hakim diarahkan mahkamah tertinggi India untuk melepaskan anak perempuannya berusia 30 tahun yang ditahan kerana ingin mengahwini kekasihnya dari kasta berbeza.

Mahkamah Agung semalam memerintahkan Supriya Rathore dibenarkan menemui teman lelakinya, Siddharath Mukherjee.


Mukherjee terpaksa menggunakan proses perundangan untuk membebaskan teman wanitanya daripada tahanan ayahnya yang juga hakim mahkamah tinggi di Rajasthan.



“Beliau sudah dewasa dan bebas membuat pilihannya sendiri,” kata penghakiman dikeluarkan Hakim H L Dattu dan C Nagappan.


Mukherjee sebelum ini memfailkan petisyen mendakwa ayah Supriya - dari kasta Rajput - menentang perkahwinan mereka disebabkan dia dari kasta Brahmin.


Supriya sendiri merayu dibebaskan melalui e-mel kepada pihak polis dan mahkamah ketika ditahan selama sebulan di rumah keluarganya di Jaipur.

Supriya diperintahkan dibawa dibawa ke mahkamah pada 12 Disember lalu untuk perbicaraan yang diadakan semalam. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/17

No comments:

Post a Comment