Search This Blog

Wednesday, December 4, 2013

Dituduh rasuah sekali lagi


Seremban: Pegawai Jabatan Imigresen R Vikneswaran, 32, yang didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, kelmarin, atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah, dituduh sekali lagi atas kesalahan sama di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Selepas pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datin Nursinah Adzmi, tertuduh yang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengaku tidak bersalah.


Mengikut pertuduhan, dia didakwa bersetuju menerima suapan RM3,600 daripada R Lakshumana Rao, 28, di sebuah restoran makanan segera di Nilai, dekat sini, pada jam 12.37 malam, 24 Julai tahun lalu, bagi melepaskan dua warga India dikenali sebagai Sudhakar dan Sreekanth Bongoni yang dipercayai menggunakan dokumen perjalanan palsu.



Dia didakwa melakukan kesalahan Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

No comments:

Post a Comment