RIYADH - Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan kematian terbaharu Sindrom Pernafasan Koronavirus Asia Barat (MERS) semalam dengan menjadikan bilangan pesakit yang mati akibat wabak itu di negara tersebut meningkat kepada 56 orang.
Kementerian berkenaan memberitahu di laman webnya bahawa mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 73 tahun yang menghidap pelbagai penyakit kronik.
Ia turut melaporkan tiga kes baharu jangkitan virus itu.
Jangkitan tersebut melibatkan dua warga asing yang bekerja di sektor penjagaan kesihatan dan seorang lelaki Arab Saudi berusia 53 tahun.
"Sebanyak 136 kes MERS dilaporkan di negara ini sejak virus korona muncul lebih setahun lalu," kata kementerian sama dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, pakar-pakar masih berusaha untuk mendalami penyakit berkenaan yang tidak boleh dicegah menggunakan vaksin. - AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2o9Arq64x
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment