Search This Blog

Wednesday, December 11, 2013

Aktres mengaku hantar racun kepada Presiden AS


Dallas: Seorang aktres dijangka mengaku salah menghantar racun - dikenali sebagai risin - kepada Presiden Barack Obama dan Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg.

Shannon Guess Richardson yang pernah muncul membawa watak sampingan dalam siri The Walking Dead dan filem The Blind Side dijadual hadir di mahkamah Texarkana, Texas.



hari ini.

Shannon dijangka mengaku salah melalui perjanjian dengan pendakwa bagi membolehkan hukuman penjara untuknya dihadkan kepada 18 tahun.

Peguam bela Shannon, Tonda Curry berkata tertuduh sudah mengakui peranannya menghantar surat mengandungi risin kepada Obama, Bloomberg serta kumpulan penyokong penggunaan senjata api.

Jun lalu Shannon juga memerangkap suaminya atas tindakan berkenaan.

Risin adalah bahan berbahaya yang boleh membunuh seseorang jika dihidu.


- AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/11

No comments:

Post a Comment