Search This Blog

Wednesday, December 4, 2013

64 mayat ditemui di Mexico


4 Disember 2013

MEXICO CITY - MEXICO.  Sebanyak 64 mayat dipercayai milik mangsa keganasan didalangi sindiket dadah ditemui dalam 35 kubur besar di Jalisco, menurut pihak berkuasa, semalam.

Menurut laporan AFP, jurucakap polis memberitahu kebanyakan mayat dipercayai telah diseksa dengan kejam sebelum dibunuh.

Difahamkan, penemuan menggemparkan itu dibuat hasil soal siasat ke atas seorang suspek dan 20 anggota keselamatan yang disyaki terlibat dengan kehilangan dua anggota polis persekutuan pada 3 November lalu.

No comments:

Post a Comment