Search This Blog

Tuesday, December 17, 2013

16 maut pertempuran baharu di Xinjiang


BEIJING 16 Dis. - Sekurang-kurangnya 16 orang maut dalam satu pertempuran antara pasukan polis dan sekumpulan lelaki di wilayah bergolak Xinjiang, semalam.
Menurut laporan laman web berita tianshannet, pertempuran tersebut berlaku apabila pasukan polis yang ketika itu sedang mengesan beberapa suspek jenayah di daerah Shufu berhampiran bandar Silk Road di Kashgar, diserang oleh sekumpulan lelaki yang membawa pisau serta bahan letupan.
"Dua anggota polis terbunuh, manakala 14 lelaki dalam kumpulan tersebut mati ditembak oleh polis," jelas laporan itu.
Kejadian itu berlaku kurang dua bulan selepas serangan di Dataran Tiananmen yang meragut nyawa dua orang, manakala 40 cedera.
Menurut pihak berkuasa, serangan itu dilakukan oleh tiga suspek etnik Uighur yang dikenal pasti sebagai Usmen Hasan, isteri dan ibunya.
Pada bulan lalu, sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh termasuk sembilan penyerang dan dua anggota polis dalam satu serangan di balai polis di bandar Serikbuya berhampiran Kashgar.
China merekodkan hampir 200 serangan didakwa dilakukan 'pengganas' di Xinjiang pada tahun lalu, sekali gus memperlihatkan situasi tegang di kawasan yang majoritinya didiami oleh etnik Uighur yang beragama Islam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131217/lu_05/16-maut-pertempuran-baharu-di-Xinjiang#ixzz2nj8Tu392
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment