Search This Blog

Wednesday, December 4, 2013

10 suspek ditahan, heroin RM1.38 juta dirampas


SHAH ALAM 4 Dis - Kegiatan memproses dadah dengan berselindung di sebuah rumah yang dijadikan markas lumpuh apabila polis telah berjaya merampas 37 kilogram dadah jenis heroin bernilai RM1.38 juta selepas menyerbu premis itu di Ara Damansara, Petaling Jaya, dekat sini pada 28 November lalu.
Turut disita dalam serbuan itu adalah wang tunai, barang kes dan kenderaan yang kesemuanya bernilai lebih setengah juta.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, semasa serbuan dilakukan, lima lelaki termasuk seorang jurulatih bola sepak amatur di dalam rumah tersebut sedang memproses dadah.
``Hasil siasatan lanjut terhadap serbuan pertama, pasukan kita telah melakukan beberapa serbuan susulan di sekitar Puchong, Cheras dan Sentul bagi mengesan saki baki anggota sindiket itu.
``Hasil daripada serbuan susulan, kita telah berjaya menahan lima lagi suspek termasuk sepasang suami isteri dan juga dua lelaki warga India yang merupakan ahli sindiket tersebut," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.
- UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131204/je_01/10-suspek-ditahan-heroin-RM138-juta-dirampas#ixzz2mSTioIEU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment