Search This Blog

Thursday, November 28, 2013

Zimmerman simpan lima pistol, 100 peluru


Sanford: Lelaki yang dibebaskan daripada tuduhan membunuh pemuda kulit hitam tanpa senjata dalam kejadian pada 2012 didapati memiliki memiliki lima pistol dan lebih 100 peluru ketika ditahan awal bulan ini atas tuduhan keganasan rumah tangga.

Dokumen mahkamah semalam menyatakan George Zimmerman ditahan di rumah teman wanitanya Samantha Scheibe pada 18 November lalu.

Polis juga merampas dua telefon bimbit, sebilah pisau lipat dan lampu suluh dalam kejadian itu.

Samantha mendakwa Zimmerman mengacukan pistol terhadapnya selepas dia mengarahkan lelaki terbabit keluar ketika mereka bertengkar sebelum senjata berkenaan digunakan untuk memecahkan sebuah meja kopi.

Zimmerman kemudian menghalau dan mengunci mangsa di luar rumah ketika dia menelefon polis.

Dia pernah dibicarakan atas tuduhan membunuh remaja kulit hitam, Trayvon Martin, 17, kononnya atas alasan keselamatan.

Bagaimanapun orang ramai percaya insiden itu terjadi akibat didorong perasaan perkauman Zimmerman.

No comments:

Post a Comment