Search This Blog

Saturday, November 30, 2013

Wanita ditemui maut di dapur rumahnya di Kuching


KUCHING: Seorang wanita yang dikatakan dirompak ditemui terbunuh wanita dengan kesan jerut pada leher di dapur rumahnya di Jalan Green Road, di sini, malam tadi.

Mangsa, Kam Pit Chian, 58 ditemui terbaring oleh kakaknya yang baru pulang ke rumah kira-kira jam 9.30 malam.


Pemeriksaan mendapati terdapat kesan pintu depan dipecahkan, tiga bilik di geledah manakala dua komputer riba hilang dipercayai dicuri.

Polis turut menemui sebilah sabit milik mangsa di kawasan semak di luar rumah dipercayai dicampak suspek.


Mayat dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

No comments:

Post a Comment