Search This Blog

Wednesday, November 13, 2013

Unta dikesan positif MERS


Riyadh: Kerajaan Arab Saudi kelmarin berkata, seekor unta diuji positif menghidap Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS), kes pertama membabitkan seekor haiwan dijangkiti virus yang setakat ini sudah meragut 64 nyawa di seluruh dunia.

Unta milik individu yang didiagnosis dengan penyakit terbabit itu didapati positif dalam ujian pemeriksaan awal makmal, kata kementerian kesihatan dalam satu kenyataan yang disiarkan agensi berita Saudi, SPA.
Kementerian berkenaan berkata, pihaknya bekerjasama dengan kementerian pertanian dan makmal bagi “mengasingkan virus serta membandingkan struktur genetik haiwan itu dengan pesakit berkenaan.

Jika virus yang dibawa unta itu dan pesakit terbabit terbukti sama, ia akan menjadi penemuan santifik pertama di seluruh dunia dan menjadi perintis bagi mengenal pasti sumber virus terbabit.
Unta terbabit dikesan di Jeddah, barat negara itu.
Pakar masih melakukan penyelidikan bagi mengkaji virus itu yang belum lagi ditemukan vaksinnya.

Ia dianggap membawa maut tetapi kurang berjangkit berbanding virus Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS) yang melanda Asia pada 2003 dan menjangkiti 8,273 orang dengan sembilan peratus daripadanya meninggal dunia. - AFP

No comments:

Post a Comment