Search This Blog

Wednesday, November 13, 2013

Tiada tanda Gunung Sinabung akan reda


Jakarta: Lebih 5,000 orang meninggalkan kediaman masing-masing sejak beberapa hari lalu ekoran siri letusan gunung berapi Sinabung.

Jurucakap kerajaan Robert Peranginangin berkata, setakat ini 5,265 orang dari tujuh perkampungan dipindahkan ke tempat selamat.
“Mereka ketakutan kerana aktiviti Gunung Sinabung tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda,” katanya.

Gunung Sinabung terletak di utara Sumatera memuntahkan debu, batu dan lahar sehingga tujuh kilometer ke udara sejak awal bulan ini.


Ia mula meletus pada September lalu selepas kali terakhir terjadi pada 2010.


Peranginangin berkata walaupun arahan hanya dikenakan kepada penduduk yang tinggal dalam lingkungan tiga kilometer dari gunung, orang ramai yang berada di luar zon bahaya turut melarikan diri.

“Mereka tidak berasa selamat dan panik.

“Penduduk kampung lebih rela berlindung di tempat lain seperti masjid dan gereja,” katanya.

Jumlah mereka, kata Peranginangin, dijangka meningkat dari semasa ke semasa. - AFP

No comments:

Post a Comment