Search This Blog

Saturday, November 30, 2013

Struktur siling baharu Masjidilharam runtuh


Sebahagian struktur siling yang sedang dibina di Masjidilharam runtuh kelmarin, namun ia tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa. - AGENSI
MEKAH 29 Nov. - Sebuah struktur siling baharu yang dibina di Masjidilharam di sini runtuh semalam, sekaligus melewatkan fasa kedua projek pembesaran kawasan di sekeliling Kaabah (mataf).
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian runtuhan yang berlaku di bahagian selatan Pintu Umrah masjid itu.
"Siling itu runtuh akibat bebanan serpihan batu-bata di atas struktur besi perancah," kata Presiden Dua Masjid Suci, Ahmed al- Mansouri.
Seorang jurutera dari kontraktor pembinaan bertanggungjawab, Saudi Binladin Group turut mengesahkan punca runtuhan tersebut.
Katanya, kejadian itu berlaku ketika pekerja pembinaan sedang melakukan kerja-kerja menggerudi di tingkat atas struktur berkenaan.
Projek pembesaran Masjidilharam yang dilaksanakan oleh Raja Abdullah adalah pembinaan yang terbesar dalam sejarah dan menyediakan ruang tambahan untuk 1.3 juta jemaah haji.
Kawasan pembinaan baharu melibatkan tingkat bawah dan atas masjid itu boleh memuatkan kira-kira 40,000 jemaah dalam tempoh setiap jam. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131130/lu_07/Struktur-siling-baharu-Masjidilharam-runtuh#ixzz2m6CGfx00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment