Search This Blog

Saturday, November 16, 2013

Sorok ganja dalam mesin pengisar

Shah Alam: Sekumpulan empat warganegara Nigeria yang masuk ke negara ini menggunakan pas pelajar, menyembunyikan sejumlah daun kering disyaki ganja dalam mesin pengisar yang dijumpai anggota polis dari cawangan Anti Narkotik ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang menyerbu kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Pusat Bandatr Puchong, Rabu lalu.
Bagaimanapun, penemuan ganja dianggar seberat 23 gram dalam serbuan jam 9 malam itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana polis mendapati mereka turut menyimpan sejumlah besar dadah jenis syabu dalam kereta milik seorang daripada pelajar itu. 
Ketua Polis Selangor Datuk Shukri Dahlan berkata, polis percaya kejayaan hasil maklumat orang ramai itu melumpuhkan kegiatan antara sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri ini.

Menurutnya, pada mulanya polis hanya menemui ganja yang disorok dalam rumah itu dihuni kumpulan lelaki berusia antara 28 hingga 31 tahun itu sebelum pihak berkuasa menemui kunci kereta milik seorang daripada mereka.
Foto
DADAH disyaki ganja yang dirampas.

“Polis melakukan soal siasat untuk mengetahui di mana kenderaan itu diletakkan sebelum mereka dibawa ke kawasan letak kereta kawasan kediaman terbabit dan pemeriksaan lanjut mendapati ada satu beg pakaian dalam butnya.

“Pemeriksaan susulan mendapati beg berkenaan mengandungi kristal dipercayai dadah jenis syabu dengan anggaran kasar kira-kira 3.5 kilogram serta alat penimbang,” katanya.

Mohd Shukri berkata, dadah RM450,000 dan semua yang ditahan kemudian dibawa ke Balai Polis Puchong untuk tindakan susulan dan mereka diarahkan menjalani ujian saringan air kencing.

No comments:

Post a Comment