Search This Blog

Saturday, November 16, 2013

Selesema burung korbankan seorang lelaki di Kemboja


PHNOM PENH 15 Nov. - Seorang lelaki berusia 29 tahun dilaporkan meninggalkan dunia selepas disahkan positif dijangkiti virus selesema burung manakala seorang kanak-kanak berada dalam keadaan kritikal.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Kemboja dalam satu kenyataan berkata, lelaki itu meninggal dunia awal bulan ini di wilayah Pailin berhampiran sempadan Thailand selepas dimasukkan ke hospital akibat demam.
Dalam kes berlainan, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun masih dalam keadaan kritikal di Kampong Speu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131115/lu_02/Selesema-burung-korbankan-seorang-lelaki-di-Kemboja#ixzz2kmNdpkXH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment