Search This Blog

Saturday, November 16, 2013

Saksi nampak ‘kapcai’ dipecut laju


Bachok: “Saya sempat melihat sebuah motosikal jenis ‘kapcai’ dipecut sehingga terangkat tayar hadapan.

“Dua lelaki bertopi keledar menunggang motosikal itu, pemboncengnya bertubuh besar dan seorang lagi bertubuh kecil,” kata pemilik bot nelayan, Fazley Mahmud, 60.


Fazley antara individu terawal melihat mayat Alias Yusoff, 58, terbaring di atas jalan selepas dia mendengar tiga das tembakan di pangkalan nelayan rumah mangsa.

“Saya yakin bunyi yang saya dengar bunyi tembakan pistol. Saya segera ke tempat kejadian dan ketika itulah saya melihat sebuah motosikal dipecut meninggalkan tempat kejadian.


“Selepas itu saya lihat mayat Pok Yah (Alias) terbaring di atas jalan dengan kesan tembakan di kepala dan perut,” katanya.


Menurutnya, sebelum kejadian dia sempat melihat van milik mangsa di parkir di depan rumah sebelum mendengar bunyi tembakan lima minit kemudian.

“Pok Yah orang yang baik dan saya terkejut dia diperlakukan sedemikian rupa,” katanya.

No comments:

Post a Comment