Search This Blog

Thursday, November 28, 2013

Russia tahan 15 Muslim radikal


Moscow: Kementerian Dalam Negeri Russia semalam berkata, pasukan keselamatan menahan 15 Muslim ‘radikal’ yang menganggotai kumpulan serpihan al-Qaeda.

Jurucakapnya berkata, mereka adalah anggota Takfir wal-Hijra yang ditubuhkan di Mesir pada 1960-an dan diharamkan di Russia pada 2010.

Katanya, tangkapan dibuat di Moscow.



“Pasukan keselamatan menemui senjata dan bahan letupan yang disembunyikan di apartmen suspek,” katanya.

Bagaimanapun kementerian berkenaan tidak memberikan butiran lanjut mengenai insiden itu.

Takfir wal-Hijra didakwa membiayai aktivitinya dengan melakukan “jenayah biasa” di Russia.

Kumpulan itu ditumpaskan di Mesir pada 1970-an tetapi dipercayai mempunyai cawangan di beberapa negara Eropah serta negara lain.

Penyiasat yakin Takfir wal-Hijra mempunyai hubungan dengan al-Qaeda.


Agensi berita Russia, RIA Novosti melaporkan Takfir wal-Hijra dikesan kali pertama di beberapa negara bekas Soviet Union seperti Ukraine kira-kira lima tahun lalu.


- AFP

No comments:

Post a Comment