Search This Blog

Saturday, November 30, 2013

Rampas pistol



Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas yang menahan 13 lagi suspek termasuk dua wanita dipercayai pengikut kumpulan ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ yang diketuai Harun Mat Saat.

Beliau dalam laman sosial twitter miliknya menyatakan siasatan kes tembak Ketua Penolong Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang(JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek, 47, 10 November lalu dijangka dapat diselesaikan dengan penahanan terbaru hasil Ops Cantas dilancarkan polis Bukit Aman itu.

“Syabas kepada pasukan khas itu selepas menahan 13 lagi suspek, termasuk dua wanita dipercayai pengikut kumpulan ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ yang diketuai Harun Mat Saat.

“Selain penahanan terbaru itu, pasukan khas berkenaan juga merampas pistol yang dipercayai boleh membantu melengkapkan siasatan kes terbabit,” katanya dalam Twitter itu.

Ahmad Raffli, 47, sebelum kematiannya dipercayai sedang mengendalikan dua kes jenayah syariah di Pahang iaitu kes ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ dan gerakan syiah.

No comments:

Post a Comment