Search This Blog

Friday, November 8, 2013

Polis tembak pengawal kerana ‘tidak hormat’


Jakarta: Seorang pegawai polis didakwa menembak mati seorang lelaki di dada kerana dikatakan ‘tidak menghormatinya’ selepas pengawal keselamatan itu menolak permintaan pegawai terbabit untuk wang atau arak percuma.

Pegawai Briged Polis (Brimob) itu dikenal pasti sebagai Brig Pertama W dilaporkan menghampiri Bachrudin di sebuah stor di Cengkareng, Jakarta Barat, jam 6.30 petang kelmarin. Jurucakap Polis Jakarta Komander Kanan Rikwanto berkata, dia kemudian mengarahkan pengawal itu membuat tekan tubi selepas menganggap mangsa tidak menghormatinya.


Bachrudin ditembak sekali di dada apabila enggan mematuhi arahan itu.

Rikwanto berkata, pegawai terbabit menyerah diri di ibu pejabat Brimob di Kelapa Dua, Depok, Jawa Timur sebelum diserahkan kepada Polis Jakarta Barat untuk disoal siasat.


Pegawai itu dilaporkan sering melayan pengawal keselamatan di Jakarta Barat sebagai orang bawahan malah sering meminta wang dan arak serta mabuk di stor itu, kata rakan mangsa dikenali sebagai Lorent.


“Dia seperti orang besar di sini. Kami perlu memberi tabik hormat apabila dia melalui kawasan ini,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment