KUALA LUMPUR 15 Nov. - Seorang pengawal keselamatan warga Filipina mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merompak 93 utas rantai emas bernilai RM150,000 milik kedai emas Tomei di Setapak menggunakan senjata api jenis Revolver. 38, bulan lalu.
Hakim Azman Mustapha menerima pengakuan Rakib Asla, 27, dan menetapkan 19 Disember depan untuk menjatuhkan hukuman bersama rakan sejenayah tertuduh, Hussin Jalain, 29, yang turut mengaku bersalah menyimpan harta curi dan tiada dokumen perjalanan. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131115/ma_07/Pengawal-keselamatan-Filipina-mengaku-samun-kedai-emas#ixzz2kmQVPtoQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment