Search This Blog

Wednesday, November 13, 2013

Penduduk Tacloban berebut pindah


Tacloban: Ribuan mangsa taufan semalam membanjiri lapangan terbang di sini untuk mencari penerbangan keluar.

Bagaimanapun, hanya beberapa ratus yang berjaya mendapatkannya untuk meninggalkan bandar yang berdepan dengan kekurangan makanan dan air.
Wanita menjulang tinggi anak mereka dengan harapan dipilih untuk menaiki pesawat.

“Saya merayu kepada anggota tentera sehingga terpaksa melutut. Rumah saya musnah dan saya perlukan rawatan kerana penyakit menghidap kencing manis.


“Tetapi mereka tidak mempedulikan rayuan saya. Mereka kejam,” kata seorang wanita Helen Cordial.


Kebanyakan penduduk menghabiskan waktu malam dalam hujan lebat, tidak kira di mana mereka berada, termasuk di tempat terbuka.

Doktor tempatan mereka amat memerlukan bantuan ubat-ubatan. - AFP

No comments:

Post a Comment