Search This Blog

Tuesday, November 26, 2013

Pelajar sekolah tinggi diupah terima bungkusan dadah



GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan topi keledar (kiri) yang mengandungi dadah ephedrine yang disembunyikan oleh sindiket dadah antarabangsa.


SYDNEY - Beberapa sindiket dadah antarabangsa mengupah para pelajar menggunakan alamat mereka untuk menerima bungkusan dadah di Australia, lapor beberapa agensi berita semalam.
Menurut pihak berkuasa, sindiket jenayah antarabangsa itu menggunakan para pelajar sekolah tinggi dengan upah melibatkan ratusan dolar.
Pihak Perkhidmatan Perlindungan Sempadan dan Kastam Australia (ACBPS) memberi amaran kepada keluarga dan pegetua sekolah tentang penggunaan pelajar sekolah tinggi itu sebagai cara untuk membawa masuk dadah ke Australia.
Dadah itu dipercayai kerap disembunyikan di dalam topi keledar atau lampu kecil yang dihantar ke alamat rumah para pelajar sebelum ia diserahkan kepada anggota-anggota sindiket dadah tersebut.
Menurut pihak ACBPS, dua remaja berdepan dakwaan menerima bekalan dadah dari sindiket tersebut.
Menurut agensi berita AAP, dua pelajar sekolah tinggi itu dipercayai mendapat upah beberapa ratus dolar untuk menerima bungkusan yang mengandungi dadah yang diharamkan sebelum mereka menghantarnya kepada anggota sindiket tersebut.
Salah satu bungkusan itu mengandungi bahan ephedrine yang boleh menghasilkan dadah ais.
Seorang pengarah wilayah ACBPS, Tim Fitzgerald berkata, anggota sindiket itu akan mendekati para pelajar menerusi Facebook, Twitter atau berkunjung ke sekolah mereka. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1126&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2litrPt9h 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment