Search This Blog

Saturday, November 30, 2013

Mayat atas pokok kelapa


2013/11/30
Antipas: Seorang petani berusia 57 tahun di Cotabato Utara yang hilang selama lima hari ditemui di atas pokok kelapa dalam keadaan terikat di beberapa pelepah dan sudah meninggal dunia.

Ketua Polis tempatan, Inspektor Felix Fornan, berkata mayat Raymundo Castillo ditemui dengan kesan tikaman di dadanya, menunjukkan dia mungkin membunuh diri.


Tiada tanda khianat

Siasatan mendapati tiada sebarang tanda perbuatan khianat. Bagaimanapun, katanya, siasatan diteruskan untuk menentukan punca sebenar kematian.

Fornan berkata, saudara mara Castillo memberitahu polis bahawa petani terbabit tidak menunjukkan sebarang tanda kemurungan sebelum dilaporkan hilang pada 23 November.

Penyiasat turut menemui sebilah pisau berlumuran darah di bawah pokok kelapa terbabit, kira-kira 50 meter dari kediaman Castillo di kampung Dolores. - AGENSI

No comments:

Post a Comment