Search This Blog

Wednesday, November 13, 2013

Mati tertiarap berlumuran darah di tangga


Ampang: Seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati dalam keadaan tertiarap di tangga sebuah rumah kedai di Jalan Bunga Tanjung 8, Taman Muda, di sini, semalam dengan tiga kesan tikaman dan kelar di badan.
Dalam kejadian jam 8.40 pagi, mangsa yang berusia 37 tahun ditemui orang awam dalam keadaan berlumuran darah dan tertiarap di tangga rumah kedai tiga tingkat itu. 
Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, penyerang dipercayai lebih daripada seorang yang menikamnya di tingkat satu selepas keluar dari rumah sewanya di tingkat tiga. 

Menurutnya, hasil siasatan mendapati mangsa bekerja sebagai buruh kasar sudah menetap di rumah berkenaan bersama isteri sejak setahun lalu dan dipercayai dibunuh akibat dendam.
Foto
ANGGOTA polis mengangkat mayat warga Indonesia yang dijumpai di tangga sebuah rumah kedai, semalam.

“Polis menemui tiga kesan tikaman dan kelar di badan mangsa selain kesan kemerahan pada leher yang dipercayai dibunuh kira-kira jam 7.30 pagi.

“Bagaimanapun, polis tidak menemui sebarang senjata dan ketika kejadian, isteri mangsa berada dalam rumah di tingkat tiga, tidak jauh dari tempat mayat ditemui,” katanya. 

Beliau berkata, polis masih menyiasat motif kejadian itu berikutan tiada barang peribadi milik mangsa hilang. 

“Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

No comments:

Post a Comment