Search This Blog

Wednesday, November 13, 2013

Mati dihempap gelungan kabel

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI


BEGINILAH keadaan gelungan kabel yang terjatuh hingga mengakibatkan Jamil meninggal dunia dalam kejadian di Seremban, Negeri Sembilan kelmarin.


SEREMBAN – Seorang pemandu lori menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila kepala dan dadanya cedera parah dihempap gelungan kabel seberat 260 kilogram dalam kejadian di bulatan Green Street Homes di Seremban 2 di sini kelmarin.
Kejadian pukul 4 petang itu berlaku ketika Jamil Karim, 54, mahu memunggah gelungan tersebut sebaik tiba di tapak projek pemasangan kabel telekomunikasi di situ.
Jurucakap polis berkata, mangsa yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor ditugaskan memunggah beberapa gelungan kabel di sebuah gudang di Semenyih dan menghantar muatan berkenaan ke Seremban 2 untuk projek tersebut.
Dia memandu treler itu bersendirian.
Katanya, sebaik tiba di situ, seorang pekerja di tapak projek tersebut telah memandu sebuah jentolak untuk menurunkan kabel berkenaan daripada lori.
“Sebaik mangsa membuka pintu belakang lori, tiba-tiba salah satu gelungan kabel yang dibawanya menggelongsor dan terus menghempapnya. Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di dada dan kepala,” katanya di sini semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi memberitahu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk bedah siasat.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1113&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2kTWj0zvF 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment