Search This Blog

Friday, November 8, 2013

Masjid bawah tanah pertama di dunia


Istanbul: Kerajaan Turki membina sebuah masjid bawah tanah, yang pertama seumpamanya di dunia.

Pembinaan itu dilakukan di daerah Buyukcekmece, Istanbul.
Ia adalah penjelmaan daripada rekaan pertandingan Festival Senibina yang diadakan tidak lama dulu dan dimenangi oleh arkitek tempatan, Emre Arolat.

“Masjid adalah tempat muhasabah diri dan berdoa. Ia adalah cabang Kaabah,” kata Mufti Buyukcekmece, Mehmet Narin ketika melawat tapak pembinaan itu semalam.

Foto
MASJID Sancaklar


Menurutnya, masjid tanpa menara itu adalah inspirasi dari Gua Hira, tempat Rasulullah (SAW) menerima wahyu pertama.


Bangunan itu yang seluas 1.200 meter persegi terletak sedalam kira-kira tujuh meter di bawah tanah.

Untuk menambahkan lagi keunikannya pencahayaan waktu siang dibantu oleh sinaran mata hari, seolah-olah untuk mewujudkan suasana spiritual.
Masjid itu yang diberi nama Sancaklar, memiliki ruang ibadah yang luas hingga mampu memuatkan 650 jemaah.

Emre Arolat yang mereka masjid itu berkata, ia bertujuan memberi jemaah peluang untuk beribadah dengan khyusuk.

No comments:

Post a Comment