Search This Blog

Wednesday, November 13, 2013

Mangsa Haiyan terdesak


Tacloban: Tentera Filipina semalam menembak mati dua lelaki bersenjata yang menyerang konvoi bantuan yang dalam perjalanan ke bandar Tacloban yang teruk dilanda taufan Haiyan.

Pihak berkuasa tentera juga berkata, banyak mayat mangsa yang terkorban dalam bencana itu masih bergelimpangan di jalan raya sekitar bandar berkenaan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebelum ini menyuarakan kebimbangan 10,000 orang mungkin mati selepas Taufan Haiyan kategori lima melanda Jumaat lalu.

Ribuan orang yang kediaman mereka musnah akibat dibadai taufan paling kuat pernah dicatatkan menghabiskan sehari lagi kehidupan mereka dalam kesengsaraan.

Foto
SEKUMPULAN kanak-kanak membawa baldi berisi air minuman yang diambil dari sebuah kedai.

Foto
DERETAN mayat mangsa Taufan Haiyan yang ditemui anggota penyelamat ditutup dengan selimut.
Usaha menyalurkan bantuan terjejas apabila sebahgaiannya jatuh ke tangan kumpulan pemberontak apabila 15 anggota Parti Komunis menyerang hendap trak yang dalam perjalanan ke wilayah dilanda bencana itu, kata komander tempatan kepada media.


“Tiada kematian di pihak kerajaan,” kata Leftenan Kolonel Joselito Kakilala sambil menambah dua anggota Tentera Rakyat Baru, sayap ketenteraan Parti Komunis Filipina terbunuh dan seorang lagi cedera dalam pertempuran di pekan Matnog, kira-kira 240 kilometer dari Tacloban.

Pihak berkuasa Filipina menguatkuasakan perintah berkurung di bandar berkenaan dengan mengerahkan kereta perisai dan pasukan keselamatan elit meronda jalan raya selepas mangsa taufan yang kebuluran menjarah kedai dan merompak konvoi bantuan.

Tacloban, bandar yang mempunyai kira-kira 220,000 penduduk menjadi tempat paling teruk dijarah.

Mangsa melaporkan penduduk bukan saja mencuri makanan, tetapi juga barangan lain termasuk televisyen dan mesin basuh.

Sementara itu, tidak jelas ke mana penduduk yang hilang tempat tinggal akan beteduh.

Seorang wartawan menyifatkan bandar itu seperti bandar hantu dengan mayat bergelimpangan di sana-sini. - AFP

No comments:

Post a Comment