Search This Blog

Saturday, November 30, 2013

Mahkamah putus punca kematian


2013/11/30
Georgetown: Mahkamah Koroner di sini, semalam, memutuskan kematian penjual nasi yang dipercayai tertimbus dalam kejadian konkrit penebat kilat runtuh dan menimpa sebuah kereta di Jalan Macalister di sini, ketika ribut Jun lalu, adalah akibat nahas.

Koroner Khairul Anuar Abdul Halim berkata, pihaknya berpuas hati bahawa Lim Chin Aik, 44, adalah pemandu kereta yang terbenam dalam tanah dalam kejadian antara jam 6.45 petang hingga 6.50 petang, 13 Jun lalu.


Katanya, pihak berkuasa berkaitan akan mengeluarkan sijil kematian mangsa.

Mayat tak ditemui

“Kes sebegitu tidak pernah berlaku kerana tiada mayat ditemui tetapi laporan dibuat mengenai kehilangan mangsa selepas dia keluar rumah untuk mengambil anak perempuannya di sekolah.

“Semakan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan mendapati kereta yang ditemui didaftarkan atas nama Chin Aik. Mahkamah berpuas hati bahawa kenderaan itu adalah milik Chin Aik.

“Mahkamah juga yakin bahawa dalam semua kemungkinan, pemandu dalam kereta yang dihempap runtuhan konkrit itu adalah Chin Aik,” katanya.
Inkues yang bermula 2 September lalu diadakan untuk mengesahkan kematian Chin Aik kerana mayatnya tidak ditemui walaupun beberapa serpihan keretanya dikeluarkan dari kawasan runtuhan.

No comments:

Post a Comment