Search This Blog

Wednesday, November 13, 2013

Lelaki ditemui mati kepala ditutup plastik


2013/11/13
 
Segamat: Seorang bakal pensyarah ditemui mati dalam keadaan kepalanya ditutup dengan plastik yang diisi dengan gas hidrogen dalam bilik kediamannya di Bukit Siput di sini, petang semalam.

Mayat Fong Chik Foong, 33, ditemui ibunya kira-kira jam 2 petang dalam keadaan terlentang bersama dua tong gas berisi hidrogen di sisinya selain wang dan nota dalam tulisan Cina meminta keluarganya supaya tidak bersedih di atas kematiannya.
Ibu mangsa, Tey Shu Phua, 54, berkata sebelum mayat mangsa yang juga anak lelaki sulung daripada tiga beradik itu ditemui, dia beberapa kali memanggil anaknya itu untuk makan tengah hari, namun tidak berjawab.

Panggilan tak berjawab

Katanya, curiga dan bimbang dengan keadaan itu, dia bertindak membuka pintu bilik anaknya dan terkejut menemui mangsa sudah tidak bernyawa.

“Saya memanggilnya untuk makan tengah hari tetapi kali ini amat pelik kerana panggilan saya tidak berjawab. Saya terus ke biliknya saya menemuinya dalam keadaan terlentang manakala kepalanya ditutup dengan plastik.

“Saya panik ketika itu dan terus memanggil jiran yang kemudiannya bertindak menghubungi ambulans.
“Sejak pulang dari luar negara selepas menamatkan pengajiannya tahun lalu, Chik Foong tidak pernah menunjukkan sebarang kelakuan pelik, malah dia juga amat gembira kerana bakal bekerja sebagai seorang pensyarah di sebuah kolej swasta bulan depan,” katanya ketika ditemui.

“Saya pelik kenapa dia sanggup berbuat demikian kerana selama ini dia seorang anak yang baik,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, mangsa disyaki meninggal dunia antara jam 2 hingga 3 petang berdasarkan nota yang ditulisnya dan siasatan masih dijalankan.

No comments:

Post a Comment