Search This Blog

Saturday, November 30, 2013

Lapan maut gempa di Teluk Parsi


2013/11/30
Tehran: Satu gempa bumi magnitud 5.7 di pantai Teluk berhampiran loji nuklear Iran menyebabkan sekurang-kurangnya lapan terbunuh dan mencederakan 190 lagi.

“Seramai 30 mangsa gempa menerima rawatan di hospital,” lapor agensi rasmi IRNA yang memetik ketua operasi bantuan kecemasan, Hassan Qadami sebagai memberitahu media tempatan.


Bagaimanapun, seorang pegawai berkata gempa terbabit tidak mencetuskan sebarang masalah kepada aktiviti loji kuasa reaktor buatan Russia di Bushehr. Pusat gempa itu dilaporkan terletak berhampiran daerah Birazjan, kira-kira 60 kilometer dari Bushehr.


Media tempatan melaporkan, gempa itu turut memusnahkan 250 rumah dan premis perniagaan.

40 terbunuh

Gabenor wilayah Dashtestan, Alireza Khorani ketika mengulas, melaporkan kemusnahan rumah dan tiang elektrik tumbang.
Pada April lalu, satu gempa bumi magnitud 7.8 menggegarkan kawasan tenggara Iran dan negara jiran Pakistan menyebabkan sekurang-kurangnya 40 terbunuh.

Satu lagi gempa bumi pada Disember 2003 melanda bandar selatan Bam dan menyebabkan 26,000 orang terbunuh dan memusnahkan sebuah kubu purba di situ.

Negara jiran Iran di seluruh Teluk sering kali menyuarakan kebimbangan mengenai loji di Bushehr dan risiko kebocoran radioaktif sekiranya gempa bumi berlaku.
Tetapi, Iran dan Russia menegaskan, ia memenuhi standard antarabangsa di bawa pengawasan badan pemantau nuklear PBB. - AFP

No comments:

Post a Comment