Search This Blog

Saturday, November 30, 2013

Kilang pakaian 10 tingkat terbakar di Bangladesh


DHAKA 30 Nov. - Satu kebakaran besar di sini semalam memusnahkan sebuah kilang pakaian yang menghasilkan baju-baju jenama terkenal.
Menurut polis, kebakaran itu dipercayai dimulakan oleh sekumpulan pekerja kilang terbabit yang berang dengan berita rakan sekerja mereka mati ditembak polis.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kebakaran yang berlaku di Gazipur, kira-kira 40 kilometer ke Dhaka itu.
Kilang 10 tingkat itu menghasilkan beberapa pakaian berjenama antarabangsa termasuk American Eagle Outfitters Inc, Gap Inc, Wal-Mart Stores Inc dan Marks and Spencer Group PLC. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131130/lu_01/Kilang-pakaian-10-tingkat-terbakar-di-Bangladesh#ixzz2m6Bg03VW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment