Search This Blog

Saturday, November 30, 2013

Kematian kerana nasib malang

Oleh NOOR HASLIZA NUSI


PASUKAN penyelamat melakukan kerja-kerja mengorek bagi mencari mangsa yang tertimbus di Jalan Macalister, George Town, Pulau Pinang pada bulan Jun lalu.


GEORGE TOWN - Mahkamah Koroner di sini semalam memutuskan seorang penjual nasi, Lim Chin Aik mati akibat tertimbus di bawah runtuhan penebat kilat yang terjatuh dalam kejadian angin kencang di Jalan Macalister dekat sini pada Jun lalu.
Laporan kematian Chin Aik, 44, disokong dengan penemuan serpihan pintu dan enjin kereta jenis Honda City milik lelaki itu semasa kerja-kerja pembersihan dijalankan di bawah runtuhan tersebut.
Koroner Khairul Anuar Abdul Halim semasa membentangkan rumusan inkues berkata, identiti mangsa dikenal pasti selepas pihaknya mendengar keterangan daripada 24 saksi yang terdiri daripada ahli keluarga, penjaga tempat letak kereta dan pegawai penyiasat.
"Kejadian berlaku apabila rod penebat kilat terjatuh dan menghempap kereta yang dinaiki mangsa. Jadi, kematian mangsa adalah akibat nasib malang yang menimpanya," kata beliau.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2m5FpDW82 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment