Search This Blog

Saturday, November 30, 2013

Kejutan dua das


Sungai Buloh: Enam sekeluarga terkejut apabila mendapati sebuah daripada kenderaan mereka rosak selepas terkena dua das tembakan dalam kejadian di Jalan Utarid, U5/8, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa yang berusia 58 tahun pada mulanya menyangka rumahnya dipecah masuk selepas terdengar bunyi letupan. Dia kemudian memeriksa pintu dan tingkap rumahnya, tetapi tiada apa yang mencurigakan. 
Menurut anak mangsa berusia 20-an yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian, semua ahli keluarga dan amah berada di dalam rumah. 

“Selepas terdengar bunyi dentuman, bapa saya yang berada di tingkat dua turun untuk memeriksa keadaan rumah. Bagaimanapun, tiada sebarang kesan pecah masuk ditemuinya menyebabkan bapa kembali semula ke bilik tidur.
Foto
ANGGOTA polis memeriksa di tempat kejadian.

“Namun, tadi (pagi semalam) kira-kira jam 8 pagi ketika mahu keluar bersarapan, bapa saya mendapati cermin belakang sebuah daripada kenderaan kami pecah dan terdapat kesan tembakan di bawah bahagian cermin. Terkejut dengan kejadian itu, kami menghubungi polis,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui, semalam.

No comments:

Post a Comment