Search This Blog

Wednesday, November 13, 2013

Kedai emas rugi RM400,000 kena rompak


2013/11/13
Seremban: Tindakan seorang perompak menarik picu pistol dan bersedia menembak menyebabkan seorang pemilik kedai emas di sini, terpaksa membiarkan barang kemas bernilai RM400,000 dilarikan, petang semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 petang di Jalan Tunku Hassan, empat dulang barang kemas dikaut dan dimasukkan dalam beg sebelum dilarikan dua perompak menunggang sebuah motosikal.
Mangsa, Tang Sai Foo, 41, berkata beliau diacukan pistol oleh seorang daripada dua perompak yang mengugutnya supaya segera menyerahkan barang kemas bagi mengelak kejadian buruk berlaku.

Bimbang keselamatan diri

Katanya, bimbang dengan ancaman perompak terbabit, dia dan pekerjanya menurut arahan berkenaan.

“Rompakan berlaku ketika saya dan pekerja bersedia menutup kedai emas. Namun, ketika pintu depan kedai hendak ditutup, dua lelaki merempuh masuk lalu mengacukan pistol.

“Kejadian itu kali kedua berlaku selepas kali pertama pada 2008 yang menyebabkan saya kerugian RM500,000,” katanya.

No comments:

Post a Comment