Search This Blog

Wednesday, November 13, 2013

Jurugambar NSTP parah dirempuh


2013/11/13
 
Kuala Lumpur: Jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Zulfadhli Zulkifli, parah selepas dirempuh sebuah kereta ketika dalam perjalanan membuat liputan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, Zulfadhli, 25, yang menunggang motosikal dirempuh PRODUA Myvi dipandu wanita berusia 20-an di simpang tiga Persiaran Fajar, Subang Bestari, Petaling Jaya.
Kemalangan terbabit menyebabkan mangsa retak leher dan cedera di lutut.

Melekat pada cermin sisi

Menurut saksi, R Venthan, 38, berkata, ketika kejadian sebuah kereta terus membelok ke kanan untuk memasuki simpang tiga.

Mangsa yang datang dari arah kiri tidak sempat mengelak dan dirempuh kereta terbabit.

“Mangsa melekat pada cermin sisi kiri dan bonet depan kereta berkenaan. “Orang ramai yang menyaksikan kejadian terus membantu dan menghantar mangsa ke hospital berdekatan,” katanya.

Bapa mangsa, Zulkifli Din, 55, ketika dihubungi berkata, beliau terkejut selepas menerima panggilan telefon daripada anak keduanya yang mengatakan Zulfadhli ditimpa kemalangan kira-kira jam 9 pagi.

No comments:

Post a Comment