Search This Blog

Wednesday, November 13, 2013

Isytihar bencana negara

Isytihar bencana negaraPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB ) memaklumkan tabung bantuan kecemasan akan dilancarkan untuk membantu Filipina membaik pulih kerosakan akibat Haiyan.

TACLOBAN - FILIPINA. Presiden Filipina, Benigno Aquino mengisytiharkan bencana negara bagi membolehkan kerajaan memperhebat usaha menyelamat dan membaik pulih kawasan yang terjejas teruk akibat dibadai taufan Haiyan, Jumaat lalu.

"Keadaan pada masa ini menyebabkan maklumat terpaksa disampaikan secara lisan berikutan alat komunikasi dan internet terputus di Leyte dan Samar sejak beberapa hari lalu.

"Kami berharap penduduk di kawasan terlibat bersabar menunggu bantuan kemanusiaan yang akan dihantar secara berperingkat kepada mereka," jelasnya lagi.

Sementara itu, perintah berkurung turut dikuatkuasakan di wilayah Leyte selepas pihak berkuasa menerima banyak aduan berhubung kecurian harta benda penduduk dan premis perniagaan kecil di kawasan tersebut.  

Difahamkan, pihak berkuasa turut menempatkan beberapa kereta perisai selain membuka pusat pemeriksaan sebagai langkah untuk mengelakkan kecurian berleluasa di wilayah yang terjejas teruk itu.

Dalam perkembangan lain, tentera berjaya menembak mati dua pemberontak bersenjata yang melancarkan serangan ke atas konvoi bantuan kemanusiaan.

Leftenan Kolonel Joselito Kakilala memaklumkan bahawa mereka berjaya menggagalkan rancangan jahat tersebut dalam insiden pertempuran di bandar Matnog terletak kira-kira 240 kilometer dari Tacloban, laporan dipetik dari AFP.

No comments:

Post a Comment