Search This Blog

Saturday, November 30, 2013

Geldof ingkari polis dedah ibu mangsa cabul

London: Anak penyanyi rock Peaches Geldof disiasat kerana menyebarkan nama ibu mangsa pencabulan penyanyi kumpulan Lostprophets, Ian Watkins melalui Twitter.
Mahkamah sebelum ini mengeluarkan perintah melarang identiti dua kanak-kanak terbabit didedahkan.
Bagaimanapun, anak penyanyi terkenal Bob Geldof itu semalam menyiarkan nama ibu terbabit kepada pengikutnya di Twitter, 24 jam selepas memberi ceramah mengenai gangguan privasi.
Perbuatan mendedahkan nama ibu mangsa boleh menyebabkan identiti kanak-kanak terbabit terbongkar.
Rekod mahkamah hanya merujuk kepada dua ibu itu sebagai Wanita A dan Wanita B.
Dalam tweet itu, Geldof, 24 menulis: “Identiti Wanita A dan Wanita B patut didedahkan kerana menyerahkan anak mereka kepada ‘hantu’ itu.” Apabila tweet itu tidak diendahkan pihak akhbar, dia memilih menyiarkannya walaupun pengikutnya mengingatkan perbuatan itu melanggar perintah mahkamah.
Sehubungan itu, Peguam Negara berkata, kes itu kini disiasat polis.
Watkins, 36, mengaku salah Selasa lalu atas beberapa tuduhan termasuk cubaan merogol seorang bayi.
- Agensi

No comments:

Post a Comment