Search This Blog

Friday, November 8, 2013

Gagal beri sebab curi kosmetik

Gagal beri sebab curi kosmetikTertuduh (kiri) diiringi polis menuju ke mahkamah untuk berdepan tuduhan itu, semalam.

KOTA BHARU - Ibu seorang anak dijel lapan hari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku salah mencuri pelbagai barangan kosmetik sebuah farmasi, bulan lalu.

Denda diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad terhadap Noridayu Sha’ari, 22, dari Kampung Gong Batu Tawang, Bachok.

Suri rumah tersebut didakwa mencuri pelbagai barangan kecantikan itu di kedai Watsons di Kompleks Seri Mutiara, Jalan Sultan Yahya Petra di sini, antara 7 dan 7.30 malam, 31 Oktober.

Ketika ditanya alasan dia mencuri semua barangan itu, Noridayu bagaimanapun tidak dapat memberi sebarang jawapan dan hanya bergelenggeleng kepala.

Dalam kejadian itu, pengadu yang baru sampai di tempat kerja melihat tarik menarik berlaku antara tertuduh dan salah seorang pekerjanya.

Selepas disiasat, tertuduh rupa-rupanya sudah mengambil kesemua barangan bernilai RM159.80 itu dan memasukkan ke dalam beg lalu cuba keluar tanpa membuat bayaran.

Pengadu kemudian membuat laporan polis dan menyerahkan tertuduh kepada pihak berkuasa itu untuk tindakan selanjutnya.

Semalam, Nik Habri kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman itu berkuat kuasa daripada tarikh dia ditahan hari kejadian.

Hukuman diputuskan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

No comments:

Post a Comment