BANGKOK 3 Nov. - Sekurang-kurangnya enam orang penumpang termasuk tiga pelancong asing terkorban, selepas sebuah feri karam di pusat peranginan Pattaya.
``Enam kematian dicatatkan setakat ini, tiga warga Thailand, dua dari Rusia dan seorang dari China, kata pegawai polis kepada AFP, selain menambah usaha menyelamat masih dijalankan ekoran wujud kebimbangan masih terdapat penumpang yang terperangkap di dalam kapal.
Namun begitu, tiada laporan lanjut mengenai bilangan mereka yang tercedera dan hilang, tetapi media tempatan berkata, berpuluh-puluh ambulans telah dikejarkan ke Pattaya untuk membantu mangsa yang berjaya dibawa keluar. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131104/lu_01/Feri-karam-di-Thailand-6-penumpang-maut#ixzz2jcOhSx6P
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment