Search This Blog

Saturday, November 16, 2013

Ditemui mati tergantung


Oleh Raja Puteri Nabiha Raja Ayub

Klang: Seorang lelaki yang juga anggota pasukan keselamatan bertugas di ibu negara, ditemui mati tergantung dalam rumahnya kira-kira jam 7 pagi di Kota Pendamar, di sini kelmarin.

Mangsa yang berusia 53 tahun itu dikatakan mempunyai masalah keluarga sebelum anak lelakinya yang pulang ke rumah menemui mayat mangsa yang tergantung dengan tali yang diikat pada kipas di ruang tamu rumah.


Ketua Polis Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi berkata, mangsa meninggalkan seorang balu dan dua anak lelaki dan polis mengklasifikasikan kejadian sebagai kematian mengejut (SDR).

“Kita tidak menemui sebarang kecederaan pada tubuh mangsa yang memungkinkan wujud sebarang unsur jenayah dan mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk bedah siasat,” katanya.

No comments:

Post a Comment