Search This Blog

Saturday, November 30, 2013

Ditelan samudera


Kuantan: "Kes ini memang unik dan misteri kerana ia tidak meninggalkan sebarang jejak dan membabitkan jumlah mangsa agak ramai iaitu empat orang.
"Faktor alam sekitar dan unsur paranormal turut dikaitkan dalam kejadian ini selepas segala usaha untuk mengesan mangsa masih menemui jalan buntu." 
Itu kata Ketua Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur, Laksamana Pertama Datuk Nasir Adam mengenai kehilangan empat pemancing di perairan Kuantan, dekat sini pada 20 Februari lalu. 

Abdul Karim Zakaria, 41; Baheruzaman Yusof, 40; Ayzzat Rahmat Yaakop, 40, dan Rahmat Chik, 51, 'ghaib' selepas keluar ke laut dari Jeti Cenderawasih, di sini, kira-kira jam 5 petang.
Foto
NASIR akui harapan temui mangsa tipis.

Nasir berkata, pihaknya percaya cuaca buruk dengan angin kuat serta ombak setinggi 2.5 hingga 3.5 meter pada hari kejadian membadai bot gentian kaca dinaiki mangsa menyebabkannya karam.

No comments:

Post a Comment