Search This Blog

Saturday, November 30, 2013

Dicekup guna kad pengenalan palsu

Dicekup guna kad pengenalan palsuSepasang suami isteri dan dua anak mereka turut ditahan dalam serbuan berkenaan.

SUNGAI UDANG - Empat termasuk seorang wanita yang diragui status warganegara ditahan selepas disyaki memiliki kad pengenalan palsu dalam satu serbuan di sini, tengah malam kelmarin.

Kesemua mereka berusia 20 hingga 40-an yang diragui status keaslian dokumen pengenalan diri itu bagaimanapun mengaku kononnya berasal dari Sabah.

Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN, Wan Zakaria Wan Awang berkata, keempat-empat mereka antara lapan warga asing yang ditahan dalam serbuan berasingan di lima kawasan sekitar Sungai Udang.

 “Lapan warga asing termasuk dua wanita dan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh hingga 40-an turut dicekup kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri atau perjalanan sah.

 “Hasil pemeriksaan mendapati empat individu memiliki kad pengenalan palsu versi lama dan bukannya MyKad dan mereka mengaku lahir di Sabah menggunakan kod 12 tetapi dipercayai memiliki IC palsu yang sudah diubah suai,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi dijalankan sepasukan 51 pegawai dan anggota JPN negeri serta Putrajaya termasuk Jabatan Imigresen negeri dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Hadir sama, Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN negeri, Mohamad Nazer Mahmud dan Ketua Unit Operasi dan Risikan Imigresen negeri, Ab Ghani Ab Karim.

Wan Zakaria berkata, mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

 “Siasatan juga mendapati kebanyakan kes penggunaan kad pengenalan palsu ini membabitkan warga Filipina yang mengaku sebagai rakyat Sabah.

“Bagi lelaki, mereka rata-ratanya bekerja di sektor pembuatan kapal dan aktiviti hiliran seperti pembuatan pelantar serta kimpalan. Manakala wanita pula bekerja sebagai pembantu kedai dan pekerja pasar  raya,” katanya.

No comments:

Post a Comment