Search This Blog

Saturday, November 30, 2013

Dendam Bujang Seblak


Saratok: Serangan buaya ke atas seorang penduduk Rumah Panjang Empayak di Roban, baru-baru ini dipercayai ada kaitan dengan buaya Bujang Seblak yang membalas dendam ke atas keturunan mereka yang pernah membunuh reptilia berkenaan sebelum ini.
Malah, dendam Bujang Seblak sejak 2007 menyaksikan enam penduduk kampung di kawasan berdekatan Sungai Seblak terbunuh dibaham buaya, sekali gus menjadikan sungai berkenaan sebagai lokasi paling banyak menagih korban dalam tempoh lapan tahun. 
Penduduk yang pernah menjadi mangsa tidak menafikan reptilia itu dipercayai mampu menghidu bau keturunan atau waris ‘pembunuh’ spesiesnya. 

Penduduk, Endoi Sulaiman, 43, berkata, dia yakin buaya menyerang adiknya Anuar, 39, pada Jun lalu itu adalah Bujang Seblak yang sering mengganas dan mengakibatkan enam mangsa terkorban.
Foto
KEHIDUPAN seharian penduduk di Sungai Seblak terjejas akibat serangan buaya.

“Bujang Seblak masih berdendam terhadap keluarga kami kerana saya juga pernah menembaknya dua tahun lalu ketika turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa korban serangan buaya di sungai ini iaitu Siah Munsong, 43, dari Rumah Panjang Sungai Anak, Roban.

No comments:

Post a Comment