Search This Blog

Saturday, November 30, 2013

Bekas usahawan jumpa dua kesan tembakan di kereta


2013/11/30
Sungai Buloh: Seorang bekas ahli perniagaan yang menyangka rumahnya di Jalan Utarid, U5/8 di sini, cuba dipecah masuk, awal pagi semalam, terkejut selepas menemui dua kesan tembakan menembusi keretanya yang diparkir dalam kawasan pagar rumah.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa berusia 58 tahun memeriksa pintu dan tingkap rumahnya selepas terdengar bunyi dentuman di luar rumah sebelum kembali ke bilik tidur apabila mendapati tiada apa berlaku.


Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang, berkata mangsa hanya menyedari Toyota Harrier miliknya terkena tembakan selepas memeriksa keadaan di sekeliling rumahnya kira-kira jam 8 pagi.
Siasatan awal mendapati suspek melepaskan dua das tembakan ke arah kenderaan mangsa jenis Toyota Harrier dan terus melarikan diri” Junaidi Bujang, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh

Katanya, mangsa mendapati cermin belakang keretanya pecah dan ada satu lubang kesan tembakan di bahagian bonet, manakala satu lagi di bahagian stereng.

“Siasatan awal mendapati suspek melepaskan dua das tembakan ke arah kenderaan mangsa jenis Toyota Harrier dan terus melarikan diri,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api.

Sementara itu, jiran mangsa, Ahmad Zuhairi Aszman, 19, berkata dia terdengar dua das tembakan di depan rumahnya ketika bermain permainan video.
“Saya mengintai apa yang berlaku melalui tingkap rumah, namun tidak nampak apa-apa kerana suasana gelap,” katanya.

No comments:

Post a Comment