Search This Blog

Saturday, November 16, 2013

Bekas guru rogol, cabul murid kekal dipenjara, sebat


PUTRAJAYA 15 Nov. - Seorang bekas guru kekal menjalani hukuman penjara 12 tahun dan sebatan tujuh kali kerana merogol dan mencabul seorang muridnya yang masih di bawah umur dalam makmal sains sekolah tersebut, empat tahun lalu.
Perkara itu berikutan keputusan sebulat suara panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Azahar Mohamed yang menolak rayuan akhir Yek Hock Soon, 30.
Hukuman berkuat kuasa hari ini.
Kuorum berkenaan berpuas hati bahawa mangsa merupakan saksi yang boleh dipercayai dan keterangannya berhubung kejadian rogol dan cabul adalah munasabah. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131115/ma_06/Bekas-guru-rogol-cabul-murid-kekal-dipenjara-sebat#ixzz2kmPoGoxi
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment