Search This Blog

Friday, November 8, 2013

9 penjenayah 'gempur' kolam renang culik pemuda


KULAIJAYA 8 Nov. - Sembilan lelaki nekad 'menggempur' masuk sebuah kolam renang awam di sini dan menculik seorang pemuda berusia 21 tahun untuk dijadikan tebusan bagi menuntut hutang yang dipinjam oleh salah sorang ahli keluarga mangsa.
Dalam kejadian 2.30 petang Selasa lalu, mangsa bersama beberapa ahli keluarganya sedang mandi di Kolam Renang Chang Chun, Jalan Senai 1sebelum dipaksa keluar dari kolam oleh kumpulan penjenayah itu yang bersenjatakan parang dan kayu.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supritendan Zulkefly Yahya berkata, mangsa diheret keluar dari premis berkenaan dan diarah membonceng motosikal yang ditunggang suspek.
Bercakap dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya, beliau berkata, ibu saudara mangsa menerima panggilan daripada penjenayah yang meminta bayaran RM6,000 jika mahu mangsa dilepaskan.
Bagaimanapun, mangsa ditemui pukul 10.30 malam hari yang sama di tepi jalan berhampiran sebuah ladang getah di Senai.
"Pihak polis berjaya memberkas tiga daripada sembilan suspek berkenaan berumur 22 hingga 28 tahun," katanya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131108/je_10/9-penjenayah-gempur-kolam-renang-culik-pemuda#ixzz2k3nqn5BZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment