Search This Blog

Thursday, November 28, 2013

6 ditembak mati Taliban


Mazar-i-Sharif: Anggota Taliban menembak mati enam pekerja kebajikan yang menyertai misi pendidikan di wilayah Faryab, utara Afghanistan kata pegawai kerajaan semalam.

Militan terbabit dilaporkan menyerang mangsa ketika pekerja pertubuhan yang disokong kerajaan itu dalam perjalanan ke sebuah petempatan bagi meninjau keberkesanan projek mengatasi masalah buta huruf di bandar Almar dalam wilayah berkenaan.


Kata Ketua Polis Faryab, Nabi Jan Mullahkhil, kejadian berlaku pada waktu pagi.

“Militan Taliban mengarahkan kenderaan mangsa berhenti dan mengheret tujuh mangsa keluar sebelum menembak mereka,” katanya.


Nabi Jan berkata, pekerja terbabit bertugas dengan pertubuhan kebajikan berpangkalan di Perancis.


Kenyataan Kementerian Pemulihan Luar Bandar Dan Pembangunan Afghanistan berkata, kenderaan itu dinaiki tujuh petugas kebajikan.

Kata jurucakapnya, enam terbunuh dan seorang cedera parah.

Media melaporkan, mangsa adalah petugas sebuah pertubuhan bukan kerajaan Perancis, dikenali sebagai Agensi Kerjasama Teknikal Dan Pembangunan (ACTED) dan aktif dalam projek kebajikan di utara Afghanistan.- Reuters

No comments:

Post a Comment