Search This Blog

Wednesday, November 13, 2013

3 rocker Iran ditembak mati

New York: Seorang lelaki bersenjata membunuh tiga pemuzik rock Indie Iran dan mencederakan mangsa keempat dalam sebuah apartmen di Brooklyn kelmarin sebelum bertindak membunuh diri.
Menurut polis, Ali Akbar Mahammadi Rafie bertindak demikian kerana dendam selepas disingkirkan dari kumpulan itu tahun lalu. 
Ali membunuh diri elepas bergelut dengan seorang anggota bekas kumpulannya, Free Keys. 

Polis percaya peti gitar yang ditemui di bumbung apartmen bersebelahan digunakan untuk membawa raifal yang diguna dalam serangan itu.
Foto
DUA daripada kumpulan Yellow Dogs yang menjadi mangsa bunuh ialah adik-beradik

“Ali Akbar, 29, berang kerana dia tidak lagi berada dalam kumpulan itu”, kata jurucakap Jabatan Polis New York, John McCarthy.

Polis mengesyaki penembak dan bekas anggota kumpulannya Free Keys bergaduh kerana wang. 

Dua mangsa ialah adik-beradik dan ahli kumpulan Yellow Dogs, kumpulan muzik yang datang ke Amerika Syarikat dari Iran tiga tahun lalu selepas muncul dalam filem mengenai fenomena muzik Indiedi negara itu, menurut pengurus kumpulan, Ali Salehezadeh. 

Mangsa ketiga yang dibunuh juga pemuzik tetapi bukan ahli Yellow Dogs, kata Ali, manakala individu yang cedera ialah seorang artis. 

Tidak diketahui mengapa Ali Akbar melepaskan tembakan ke arah anggota kumpulan muzik lain walaupun pemuzik dalam kedua-dua kumpulan saling mengenali dan beberapa orang juga tinggal di bangunan sama. 

“Ali Akbar mengenali mangsanya tetapi tidak bercakap dengan mereka sejak beberapa bulan lalu kerana bertelagah. 

“Mereka memutuskan untuk tidak saling bertemu. Mereka juga sebenarnya tidak begitu rapat,” kata Ali Salehezadeh. - AP

No comments:

Post a Comment