Search This Blog

Thursday, November 28, 2013

2 warga Britain ditahan miliki bahan letupan


Nairobi: Dua warga Britain dilaporkan ditahan polis antipengganas Kenya semalam bersama beberapa butir bom tangan.

Sumber berkata, pasangan terbabit ditahan di kawasan percutian pinggir laut di Diani, selatan Kenya.

Jurucakap Pejabat Luar Dan Komanwel berkata, Britain masih meneliti laporan yang diterima dari Kenya dan bersedia menawarkan bantuan yang sewajarnya.



Penangkapan itu dibuat kira-kira dua bulan selepas sekumpulan penyerang bersenjata menyerbu dan berkubu dalam pusat beli-belah Westgate.

Insiden itu menyaksikan 67 orang terbunuh dan mencederakan lebih 170 yang lain.

Seorang daripada penyerang terbabit didakwa wanita dari Britain.


Awal bulan ini empat lelaki dihadapkan di mahkamah Nairobi atas tuduhan “menyokong kumpulan pengganas” dalam insiden September lalu.


Polis masih memburu seorang wanita yang disyaki bertanggungjawab dalam kejadian itu - dikenali dengan gelaran Janda Putih (White Widow).

- Agensi

No comments:

Post a Comment